Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak di PDRM.

Dalam laporan polisnya hari ini, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan itu perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman.

NONE Irwan (foto kanan) membuat laporan itu berdasarkan tulisan di beberapa laman blog pro-BN – gerakantimur.blogspot.com, kerisputera.blogspot.com, darulehsantoday.blogspot.com dan gerakan-anti-pkr.blogspot.com.

Dakwaan seumpamanya – melibatkan kaitan kerajaan dan Bukit Aman dengan Israel – pernah ditimbulkan di Dewan Rakyat oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 April 2010.

Dakwaan berkenaan adalah berhubung kegiatan individu yang didakwa sebagai ejen risikan Israel dengan satu syarikat untuk menaiktaraf sistem komunikasi PDRM.

Ekoran itu, ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Musa Hassan dalam penjelasannya beberapa hari kemudian berkata, syarikat Asiasoft yang berpangkalan di Tel Aviv itu tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat PDRM bagi melakukan kerja-kerja berkenaan.

 

Dakwaan kali ini pula menyebut kaitan seorang lelaki tempatan berhubung dakwaan skandal dalam kontrak berkenaan yang turut melibatkan unit teknologi maklumat Bukit Aman.

Ketika ditanya, Irwan berkata beliau tidak dapat memastikan sekiranya dakwaan itu melibatkan isu sama tetapi "apa yang pasti, ini laporan polis pertama yang dibuat."

"Di dalam blog tersebut, penulis menyatakan beberapa bukti yang kononnya terdapat penglibatan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dan hubungan dengan pihak Israel," katanya lagi dalam laporan polis tersebut.

Laporan yang dibuat pada kira-kira jam 12 tengahari itu juga menyebut, siasatan perlu dijalankan bagi menjamin keselamatan negara dan juga agar "maklumat sulit kerajaan tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab."

Satu tulisan bertarikh 3 Ogos di kerisputera.blogspot.com menyebut kaitan berkenaan dengan tiga orang individu di Bukit Aman, masing-masing berpangkat asisten komisioner, deputi superintenden dan superintenden.

Ketiga-tiga orang pegawai kanan itu didakwa telah ditukarkan ke jabatan lain, menurut tulisan itu lagi.

VIDEO | 3.37 min

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS