Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis makan malam di gereja diganggu Jais
Diterbitkan:  Aug 4, 2011 10:56 AM
Dikemaskini: 9:48 AM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi dilaporkan mengganggu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

NONE Puluhan anggota JAIS dan polis didakwa memasuki bangunan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada sekitar jam 10 malam dan mula menyoal hadirin berbilang kaum pada majlis itu.

Paderi kanan DUMC Daniel Ho berkata majlis makan malam itu diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

"Mereka masuk ke dewan di mana majlis sedang diadakan dan merakamkan video dan gambar,” kata Ho dalam satu kenyataan.

"Bila ditanya penganjur mengapa mereka berada di sana, (pegawai) JAIS berkata mereka menerima aduan, tetapi dia gagal memberi sesalinan (aduan) apabila diminta berbuat demikian,” katanya.

jais jabatan agama islam selangor 271106 Ho berkata anggota JAIS turut mencatatkan butiran tetamu beragama Islam yang hadir sebelum meninggalkan bangunan itu dengan polis.

Menurutnya, majlis ini bertujuan bagi meraikan usaha NGO berkenaan dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.

"Harapan Komuniti adalah NGO berasakan komuniti yang membawa harapan, kasih sayang dan keamanan bagi golongan miskin, memerlukan dan terpinggir tanpa mengira bangsa, bahasa, agama atau status.

"Majlis makan malam ini adalah sambutan pelbagai bangsa yang terdiri daripada sukarelawan, pemimpin, penyokong dan anggota masyarakat yang mendapat manfaat daripada kerja-kerja NGO itu,” jelasnya

Jumaat lalu, DUMC menjadi tuan rumah kepada sebuah forum mengenai pembaharuan pilihan raya yang dianjurkan oleh Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

NONE Majlis diadakan di kompleks aktivitinya di Dream Centre, yang antara lain memaparkan ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan timbalan pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Semalam, anggota DUMC yang menulis mengenai kejadian itu di laman web mikro-blog Twitter, anggota Jais juga menggeledah tong sampah gereja berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS