Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelakon lagak ngeri: Sukar untuk keluar tingkap
Diterbitkan:  Aug 3, 2011 8:42 PM
Dikemaskini: Aug 4, 2011 12:45 AM

Pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley memberitahu inkues kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad bahawa agak sukar untuk keluar dari tingkap - tempat mangsa didakwa jatuh - dan beliau mengambil masa tiga hingga empat minit untuk berbuat demikian.

NONE Saksi ke-31 inkues itu menjelaskan walaupun mempunyai pengalaman dalam melakonkan adegan lagak ngeri, namun perasaan gementar dan takut tetap ada ketika cuba keluar dari tingkap berkenaan.

    

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang,

ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April.

Sementara itu, pakar patologi Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata, Ahmad Sarbaini terjatuh dari aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan

itu dengan tidak disengajakan.

Dr  Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.

    

"Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

    

Dr Shahrom berkata Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya.    

    

NONE Saksi itu berkata mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu.

    

Katanya perlakuan itu dibuat dengan berhati-hati dan tidak terburu-buru kerana jika seseorang cuba melarikan diri dengan cara terburu-buru akan terdapat kecederaan dan tanda lebam pada badan disebabkan keadaan tingkap yang agak menyukarkan seseorang untuk keluar dengan cara sedemikian.

    

Beliau berkata kesimpulan yang dibuat juga berdasarkan kepada lakonan lagak ngeri yang dilakonkan semula oleh pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley.

    

Saksi itu menjelaskan lakonan dibuat berdasarkan penemuan kesan calar pada cat dinding di bilik pantri, tapak kasut, kepala tali pinggang, kedudukan mayat yang berada selaras dengan tingkap di aras tiga berkenaan dan juga kesan pada tapak tangan mangsa.

    

"Terdapat kesan putih pada tapak kasut di sebelah kiri mangsa tetapi kesan itu tidak berapa jelas kerana terkena pada belakang seluar kanan mangsa semasa dia terjatuh dan juga terdapat kesan geseran pada kepala tali pinggang ketika mangsa dipercayai cuba masuk kembali ke dalam bilik pantri melalui tingkap," katanya.

    

NONE Dr Shahrom berkata lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri itu menunjukkan kemungkinan mangsa telah jatuh ke belakang apabila kaki kanannya tergelincir dari tebing tingkap dan jatuhan itu menyebabkan kecederaan teruk pada kepala dan keretakan pada tengkorak dan patah tulang di bahagian lutut.

Selain itu tiada tanda lain yang mencurigakan selain daripada disebabkan oleh kejatuhan dan tiada tanda-tanda mangsa dipaksa keluar dari tingkap itu.

    

"Jika mangsa dipaksa keluar dari tingkap, pasti akan terdapat kecederaan pada tubuh mangsa kerana dia akan melawan kembali serangan daripada seseorang dan akan ditemui kesan pergelutan di tempat kejadian," katanya.

LAGI

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS