Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keadaan cukup bahaya, dakwa Pemuda PAS
Diterbitkan:  Aug 2, 2011 5:43 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

Pemuda PAS mendakwa keadaan sekarang cukup merbahaya apabila seorang penduduk tetap (PR) yang didaftarkan sebagai pengundi baru dengan "sekelip mata" boleh bertukar menjadi warganegara.

anti ppsmi rumah pena 100309 suhaizan kaiat Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat ( kanan ) berkata, pihaknya sudah menjangka perubahan itu atau pelayan ( server ) Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) akan ditutup.

"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 (petang) maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara.

"Inilah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.

Katanya, tindakan itu memberi maksud bahawa "Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja".

Sebelum ini, kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan PR yang memegang kad MyPR merah didaftarkan sebagai pengundi baru, rekod dalam taliannya bertukar kepada warganegara dan memiliki MyKad biru.

NONE Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Dalam kenyataan petang ini, Suhaizan mendakwa, Pemuda PAS juga telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi.

"Mereka didaftarkan hampir di setiap negeri. Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali," katanya.

Sehubungan itu, dewan itu mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu suruhanjaya diraja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS