Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liwat II: Anwar mohon wawancara 10 'saksi alibi'

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan notis usul kedua dalam seminggu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  dan kali ini beliau memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

azlan Peguamnya mengemukakan permohonan itu hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menambah senarai saksi pembelaan yang difailkan pada 26 Julai.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Dalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Enam lain yang dinamakan ialah Abdullah Sani Said (bekas pemandu Anwar), Mokhtar Mustafa, Nik Mahmood Nik Hassan, Noor Sham Abdul Hamid, Mohd Khoharullah Abdul Majid, dan Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank).

Najib dan Rosmah

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

azlan Dalam permohonannya, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain.

Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Anwar di dalam notis itu menyatakan bahawa mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan.

Peguam Ram Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar kedua-dua permohonan Anwar pada 3 Ogos.

NONE Karpal Singh ( kiri ) semasa dihubungi berkata kebanyakan daripada 10 saksi itu pada awalnya adalah senarai saksi pihak pendakwaan dan kenyataan mereka telah direkodkan oleh polis.

"Kami mahu temu bual itu diadakan sebelum kes pembelaan bermula, mengenai apa yang sebenarnya mereka (10 saksi) beritahu polis dan kemudiannya akan memutuskan sama ada kami masih boleh bergantung pada mereka," katanya,

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Beliau menetapkan 8-26 Ogos untuk mendengar kes pembelaan.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos  2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

[Baca berita penuh]

ADS