Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MMA minta polis tidak suap-paksa Jeyakumar
Diterbitkan:  Jul 29, 2011 5:45 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini meminta pihak berkuasa supaya menghormati keputusan ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar untuk mogok lapar dengan tidak menyuap-paksa tahanan di bawah Ordinan Darurat itu.

Presidennya, Dr Mary Suma Cardosa dalam satu kenyataan berkata peraturan antarabangsa yang diguna-pakai sejak 1985 telah menyifatkan tindakan menyuap-paksa ke atas individu yang mogok lapar sebagai “tidak beretika, kejam, tidak berperi-kemanusiaan dan rawatan yang menghina”.

“MMA mendesak pihak berkuasa supaya menghomati undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan tidak menyuap-paksa dengan tujuan menamatkan protes Jeyakumar,” kata Dr Cardosa.

Jeyakumar, yang juga anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM), memulakan mogok laparnya sejak semalam sebagai membantah tahanan berterusan enam anggota PSM, termasuk dirinya mengikut EO.

Malah, PSM menerusi setiausaha agungnya, S Arutchelvan mengesahkan pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pada malam semalam bahawa Jeyakumar telah memulakan mogok laparnya di lokap dengan menolak hidangan makan tengahari dan malamnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS