Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis sahkan MP Jeyakumar enggan makan
Diterbitkan:  Jul 29, 2011 4:03 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pada malam semalam bahawa ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar telah memulakan mogok laparnya di lokap bagi menuntut pembebasan enam tahanan PSM, termasuk dirinya mengikut Ordinan Darurat.

"Selepas berjam-jam menunggu, kami akhirnya diberitahu oleh DSP Muhammad Razali bahawa Dr Jeyakumar menolak hidangan makan tengahari dan makan malam. Keadaanya setakat jam 9.35 malam pada 28 Julai 20011 adalah ok dan sedang dipantau,” kata setiausaha PSM S Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.

NONE Menurut Arutchelvan, Jeyakumar ( kanan ) telah bertekad belia hanya akan menamatkan mogoknya jika kerajaan membebaskan semua enam tahanan.

Beliau juga memberi amaran sekiranya kerajaan mengabaikan sentimen popular dan meneruskan reman ke atas keenam-enam mereka, PSM dan kumpulan lain akan memperhebatkan kempen, termasuk mencadangkan lebih ramai orang melancarkan mogok lapar.

"Kami percaya lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai Dr Jeyakumar mengadakan mogok lapar bagi menuntut pembebasan tahanan.”

Arutchelvan menjelaskan kempen itu semakin mencapai kemuncaknya apabila EO yang membenarkan semakan selepas tahanan 30 hari itu berakhir Ahad ini.

[Baca berita penuh]

ADS