Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR kemuka saksi baru, video tangkis dakwaan polis

Seorang lagi saksi tampil dengan beberapa gambar bagi membuktikan kecederaan yang dialami di mukanya akibat terkena kanister gas pemedih mata di terowong KL Sentral semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONE Mangsa Yew Boon Lye yang juga ketua PKR cawangan Klang pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini berkata, akibat tembakan gas pemedih berkenaan, mata kirinya juga lebam.

"Saya kemudiannya dengan segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik apabila pulang ke Klang. Lebam itu mengambil masa beberapa minggu sebelum ia hilang,” kata Yew.

Beliau diiringi oleh naib presiden PKR N Surendran, ahli parlimen Subang R Sivarasa, ketua biro perundangan PKR Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Walaupun mengakui kecederaan itu tidak serius, namun Sivarasa berkata ia membuktikan pihak polis memang mensasarkan tembakan ke arah kepala orang ramai.

"Tulang pipi pengawal peribadi (supremo PKR) Datuk Seri  Anwar Ibrahim retak, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula memerlukan enam jahitan di kepalanya tetapi Yew bernasib baik kerana kecederaannya tidak serius.

"Hakikat bahawa tiga orang cedera di kepala mereka bukan satu kebetulan, gas pemedih mata memang disasarkan ke arah kepala orang ramai,” kata Sivarasa.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS