Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha politik kepada ahli parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin - Fareez Kamal Intidzam - hari ini mengecam kempen dalam talian oleh penulis blog pro-Umno yang menggambarkan dirinya sebagai seorang pengganas selepas penangkapannya di KL Sentral semalam.

NONE Fareez Kamal menyifatkan penulis blog tersebut sudah

melampau apabila menuduh beliau cuba membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hab pengangkutan itu.

Fareez - ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) - serta sembilan orang lagi, ditahan selepas mereka - sebahagian besarnya berpakaian kuning -  cuba mendekati Najib untuk menyerah memorandum tuntutan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0.

"Dalam tempoh 24 jam penangkapan saya, saya telah teruk diserang dalam Twitter, Facebook dan blog pro-Umno yang mendakwa saya ditahan kerana cuba mensabotaj program pengagihan Jalur Gemilang," katanya.

NONE Malah, katanya, ada juga mengatakan beliau merancang untuk mencedera atau membunuh perdana menteri kerana beliau adalah pengasas NGO Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia.

"Dear PM, nama saya Fareez. Dan saya bukan seorang pengganas," katanya merujuk kepada sebuah filem popular Hindi di mana seorang lelaki bertemu presiden Amerika Syarikat untuk menunjukkan bahawa tidak semua umat Islam adalah pengganas.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS