Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wakil SPR kena 'boo' dalam debat dengan Ambiga
Diterbitkan:  Jul 26, 2011 3:33 PM
Dikemaskini: 11:39 AM

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

NONE Beliau juga kena 'boo'  beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

“Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.

NONE “Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS