NGO hak asasai manusia Suaram membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerna “mencabuli kuasa eksekutif” ketika mengusir peguam Perancis, William Bourdon, Jumaat lalu.
Pengarahnya, Cynthia Gabriel ( kiri ) berkata pengusiran Bourdon itu adalah kesilapan terbesar kerajaan kerana ia tidakan yang menghina diplomasi, undang-undang antarabangsa dan adab kesopanan.
Kebiadapan cara Bourdon ditangkap dan diusir adalah “tindakan arbitari” oleh Kementerian Dalam Negeri dan pencabulan kuasa eksekutif oleh pentadbiran Najib, kata Cynthia.
Jabatan Imigresyen pula memberikan justifikasi tindakan mereka dengan mendakwa peguam itu diusir kerana melanggar syarat pas lawatan sosial ke Malaysia yang diberikan itu.
Cynthia berkata Bourdon mewakili Suaram dalam siasatan di Perancis berhubung ‘perkara yang tidak kena’ membabitkan kerajaan Malaysia berhubung pembelian tiga kapal selam jenis Scorpene RM7.3 bilion daripada firma pertahanan gergasi Perancis DCNS pada 2002.
Malam Khamis lalu, ketika di Pulau Pinang, Bourdon yang memberi taklimat kepada 600 orang hadirin pada majlis amal yang dinamakan 'Ops Scorpene' anjuran Suaram.
Teras ucapannya adalah mengenai mereka yang mendapat manfaat akibat rasuah dalam urusniaga berkenaan yang bakal didedahkan di mahkamah terbuka di Paris pada September ini.