Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 15 penyokong gerakan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0 - dengan berpakaian kuning dan membawa poster - 'kembali semula' ke laluan utama perhimpunan 9 Julai.

memoir to 709 walk 230711 04 Mereka membawa poster dan juga mengedarkan risalah yang

mendesak pembebasan enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

Ada antara mereka yang membawa poster mendiang Teoh Beng Hock dan mengumumkan mereka "Berjalan untuk Teoh Beng Hock".

Walaupun bilangannya kecil, tetapi pakaian kuning mereka - bersama dengan poster dan belon yang sama warna - menarik perhatian orang ramai dan kenderaan membunyikan hon tanda sokongan.

Kira-kira lima kereta peronda dan sembilan motosikal polis memantau perarakan selama dua jam itu, yang dibenarkan bergerak tanpa halangan.

memoir to 709 walk 230711 cheng fui lien Perarakan 'mini' itu adalah satu penghormatan kepada semua mereka yang ditahan atau gagal memasuki bandaraya pada 9 Julai disebabkan oleh sekatan polis, kata Fui Lien Cheng (kiri) dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH).

Hampir 1,700 orang ditahan pada hari Sabtu lebih dua minggu lalu apabila kira-kira 50,000 berhimpun di jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS