Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengusiran pulang peguam Perancis William Bourdon malam semalam tidak berjaya menggagalkan majlis makan malam yang yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya dengan tujuan mengutup derma bagi perbicaraan kes ‘Scorpene’ di Paris, September ini.

suaram submarine dinner 230711 03 Kira-kira 500 orang hadir bagi membuktikan solidariti mereka kepada peguam berusia 55 tahun yang diupah oleh Suaram dan NGO hak asasi manusia yang lain.

Bourdon dan pasukannya diupah bagi membawa kes pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan jutaan ringgit kepada pegawai dan pemimpin kerajaan Malaysia di mahkamah di Perancis.

Antara penceramah pada majlis makan malam semalam adalah ahli parlimen PKR - Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Tian Chua (Batu) - dan juga kartunis Zunar.

Semua mereka membidas tindakan kerajaan BN yang mengusir peguam itu pulang malam semalam selepas menahannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Nurul Izzah berkata pengusiran Bourdon merupakan satu lagi bukti betapa terdapat sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Najib Razak.

azlan “Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil (mengusir Bourdon).

"Saya fikir, kerana kerajaan telah mengusir beliau dengan cara yang tidak baik, ia membantu perjuangan kita. Ini semua satu ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib. Ujian bagaimana pelan-pelan dan  transformasi," katanya.

Seperti Burma

Beliau bagaimanapun kesal kerana tidak berpeluang bersemuka dengan peguam hak asasi yang tersohor itu.

Bagi Tian Chua, tahanan ke atas Bourdon mengimbas semula ingatannya terhadap apa yang terjadi kepada bintang Hollywood Malaysia Datuk Michelle Yeoh. Pelakon itu pernah disenarai-hitamkan oleh junta tentera Myanmar kerana berlakon sebagai pejuang pro-demokrasi negara Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya.

“Sedih saya katakan, tindakan (kerajaan Malaysia) ini telah membawa kita ke tahap seperti Burma,” katanya.

suaram submarine dinner 230711 02 Sementara itu, Zunar pula mempersoalkan mengapa Bourdon dilarang masuk ke negara ini untuk bercakap mengenai kebenaran sedangkan Najib pula bebas ke luar negara menyampaikan maklumat yang tidak tepat.

“Mengapa Bourdon tidak boleh ke mari dan memberitahu kita perkara yang sebenarnya, sedangkan perdana menteri kita boleh ke luar negara menyebarkan pembohongan?” soalnya.

Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang didakwanya tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.

Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.

NONE Malah, menurut Cynthia, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.

"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama tiga hari,” katanya.

Kutip RM200,000

Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.

Mereka mendakwa firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

altantuya razak baginda mongolian murder 190607 arrival Bayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.

Kedatangan Bourdon Khamis lalu ke Malaysia selain bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam itu adalah juga untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos perundangan di Perancis.

suaram submarine dinner 230711 yellow submarine Walaupun tanpa kehadiran Bourdon, majlis makan malam itu berjaya mengumpulkan lebih RM200,000.

Wang itu antaranya diperolehi melalui lelongan lukisan Zunar bertajuk 'Scorpene in Yellow Land' yang berjaya mengutip RM4,000 dan sebuah kek berupa kapal selam yang dijual pada harga RM650.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS