Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Koh: Laporan TBH perlu diteliti 3 j/kuasa bebas
Diterbitkan:  Jul 22, 2011 7:06 PM
Dikemaskini: 11:36 AM

Tiga daripada lima jawatankuasa bebas yang memantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti laporan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock bagi memperbaiki kelemahan dan kecacatan SPRM.

    

penang bn convention 120611 koh tsu koon Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata tiga jawatankuasa terlibat adalah panel untuk mengkaji semula proses operasi SPRM, Jawatankuasa Pengaduan Komuniti serta Jawatankuasa Khas, yang terdiri daripada Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang.

"Jawatankuasa ini akan meneliti laporan itu dari semua aspek bagi memastikan semua kelemahan yang ada pada SPRM dapat diperbetulkan agar dua kes kematian, Teoh Beng Hock dan pegawai kastam Ahmad Sarbini Mohamad tidak berulang.

    

"Saya harap kerajaan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap tiga pegawai SPRM terbabit yang melanggar prosedur soal siasat sehingga menyebabkan kematian mendiang Teoh Beng Hock," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan Gerakan Kedah di Dewan Perhimpunan Cina, Tanjung Bendahara hari ini.

    

Koh, yang juga presiden Gerakan, berkata jawatankuasa bebas berkenaan perlu bermesyuarat segera dan mengkaji laporan itu bagi membolehkan institusi kerajaan tersebut melaksanakan tugas dengan cekap, selain mendapat kepercayaan rakyat.

    

NONE Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata tindakan DAP mempertikaikan ketelusan laporan itu sengaja dilakukan dengan tujuan mempolitikkan isu berkenaan demi kepentingan parti pembangkang berkenaan.

    

"Mereka sudah rancang dalam siri ceramah mereka dan sebagainya untuk mempertikaikan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja, yang kononnya SPRM masih menyimpan beberapa bukti penting untuk dimuatkan dalam laporan itu.

    

"Saya harap rakyat jangan percaya dengan mainan politik oleh parti DAP, dan Gerakan sedia untuk menangkis segala tohmahan yang dibuat DAP," katanya.

Koh juga berkata jika ada perkara yang disembunyikan SPRM, DAP perlu mengemukakan bukti sahih berhubung perkara itu agar siasatan dapat dijalankan semula.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS