Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Polis didakwa guna media pertahan diri sendiri'

PAS Melaka mendakwa tindakan polis menayangkan video perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini sebagai usaha polis menggunakan media untuk mempertahankan diri sendiri.

NONE Pesuruhjayanya, Adly Zahari berkata, tindakan sedemikian boleh dilihat sebagai tuduhan pihak berkuasa bahawa dakwaan rakyat mereka dikasari semasa perhimpunan 9 Julai lalu satu pembohongan.

Menurutnya, daripada membuat penafian untuk mempertahankan diri sendiri, polis sepatutnya menyiasat dakwaan polis menggunakan kekasaran dan kekerasan.

"Mereka sepatutnya menyiasat dakwaan berkenaan untuk memastikan sama ada Standard Operating Procedure (SOP) diikuti anggota semasa menjalankan tugas.

"Apabila mereka menggunakan media untuk membuat penafian sebegini, ia memberi gambaran seolah-olah polis sudah berpolitik," katanya.

Beliau hari ini mengulas tindakan polis menayangkan video perhimpunan 9 Julai lalu kepada wartawan di Kuala Lumpur bagi menjawab tuduhan yang dibuat pihak tertentu.

Menurut Adly, tindakan polis ini akan turut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

NONE Menurutnya, beliau tidak menafikan polis mempunyai hak membuat penafian. Tetapi ianya perlu disertakan dengan siasatan sama ada tindakan diambil adalah mengikut SOP.

"Bagaimanapun, tindakan menayangkan video ini hanya akan mengelirukan rakyat kerana ianya mengambarkan seolah-olah polis menuduh rakyat menipu.

"Dakwaan penggunaan kekerasan bukan sahaja dibuat pemimpin yang mengambil bahagian dalam Bersih 2.0 tetapi juga rakyat secara keseluruhannya," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS