Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

NONE Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

Menurut Salleh, rakaman visual itu memaparkan motosikal yang dibonceng oleh Mat Sabu tidak dilanggar Pajero polis seperti didakwa tetapi ketika melakukan pusingan U motosikal itu terkena 'fender' Pajero polis di kawasan Perumahan Seri Persekutuan, yang akhirnya menyebabkan motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

NONE "Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya.

"Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini...Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar pajero polis," katanya.

police mat sabu google map bersih Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mat Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

Mat Sabu semalam menafikan beliau berlakon dan berkata skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS