Anggota parlimen pembangkang mendakwa majalah antarabangsa The Economist 'dirosakkan' oleh Kementerian Dalam Negeri dalam cubaan menyaring laporannya berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
"Laporan berita BERSIH The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau.
Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen penanda dengan dakwat yang kekal.
Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist , bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan.
Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:
- 'seorang lelaki mati akibat sakit jantung’ (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.
- 'Perhimpunan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu’ (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.
- 'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan’ (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.
[Baca berita penuh]