Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembantu Teresa Kok, 3 lagi ditahan pakai baju BERSIH
Diterbitkan:  Jul 17, 2011 8:32 PM
Dikemaskini: 1:55 PM

Seorang pembantu ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok dan tiga rakannya ditahan polis semalam di Cameron Highlands selepas mereka didapati memakai baju-T BERSIH 2.0 di dalam bilik hotel mereka.

Menurut laporan, aktivis DAP Teh Hong Keat dan rakan-rakannya itu sedang bercuti dan berada di dalam bilik hotel mereka apabila anggota polis mengetuk pintu malam tadi dan menahan mereka.

Mereka belum lagi keluar memakai baju-T yang memaparkan logo BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Penyambut tetamu hotel, nampaknya, telah mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak polis mengenai remaja yang memakai baju tersebut.

Teh dan rakan-rakannya dibebaskan beberapa jam kemudian selepas merakamkan kenyataan mereka di balai polis berhampiran.

[Baca berita penuh]

ADS