Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow: Ada orang cuba kenakan saya
Diterbitkan:  Jul 15, 2011 5:57 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa ada pihak yang cuba menggunakan serangan polis ke atas Hospital Tung Shin supaya memberi tekanan kepadanya meletakkan jawatan.

NONE Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga menafikan spekulasi bahawa pemberian RM2 juta kepada hospital adalah bagi menutup kejadian itu.

Menurut Liow, khabar angin yang tersebar di internet dan dilaporkan secara meluas di akhbar Cina sebagai “mengarut” dan percubaan “memalukannya”.

"Semua ini mengarut, yang jelas bertujuan memalukan saya dan Hospital Tung Shin."

Timbalan presiden MCA itu juga menegaskan lawatannya ke Tung Shin pada 11 Julai lalu hanya bertujuan memenuhi tanggungjawabnya sebagai menteri kesihatan yang meninjau aspek keselamatan hospital dan pesakitnya.

Dakwanya ada pihak yang cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan laporan berita 2010 bagi menyokong hujah mereka bahawa lawatan 11 Julai lalu itu bagi menyampaikan sumbangan RM2 juta dengan tujuan menutup isu berkenaan.

NONE "Hakikatnya, saya memang ke Hospital Tung Shin Hospital pada 12 Januari 2010 untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka dan juga Hospital Bersalin Cina.

"Adalah jelas bahawa ada pihak yang cuba menggelitukan orang ramai dengan memainkan isu RM2 juta ini.

"Ini menunjukkan niat jahat mereka yang menyebarkan khabar angin ini. Ini mendedahkan bahawa mereka mahu memaksa saya meletakkan jawatan,” kata Liow.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS