Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bercempera' di Puduraya, Hospital Tung Shin
Diterbitkan:  Jul 15, 2011 3:32 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

SAKSI Jika saya mahu menceritakan pengalaman saya pada hari berkenaan dari A sampai Z, ia akan mengambil masa separuh hari! Jadi, saya hanya akan menceritakan pengalaman kami berdepan dengan pihak berkuasa di Puduraya dan Hospital Tung Shin.

S NONE elepas bergerak di sepanjang jalan-jalan kecil di luar Masjid Jamek, kami terdengar suara ratusan orang datang dari kawasan Chinatown, sekitar waktu tengah hari.

Melihat adik-beradik saya berjalan dan melaungkan bersama-sama hanya beberapa meter dari situ, saya mendapat keberanian untuk melucutkan jaket dan baju-T saya untuk mendedahkan baju-T BERSIH yang saya pakai.

Kawasan itu sangat aman, orang ramai membawa bunga, belon dan seorang wanita muda mengedarkan pelekat BERSIH buatan sendiri.

Kami berjalan ke persimpangan Jalan Pudu dan berhenti seketika.

Sudah ada sekumpulan besar di sana. Kami menunggu sedikit  masa lagi dan saya kagum melihat satu lagi kumpulan besar tiba menyertai kami.

rally proceeds to Pudu IPK police cordon Saya sentiasa menghantar mesej kepada rakan penari saya, suami rakan karib ibu saya dan seorang ahli PSM, untuk mengetahui apa yang

berlaku di tempat mereka. Mereka semuanya berada di tempat yang berlainan.

Saya berfikir, orang ramai di Pudu sudah cukup besar, tetapi terdapat kumpulan-kumpulan lain di seluruh KL.

Betul-betul di hadapan kami, kami dapat melihat anggota FRU sedang menunggu beberapa meter dari Hospital Tung Shin. Setelah semua

orang berkumpul, kami berjalan ke arah stesen bas Puduraya. Apabila sampai di sana, kami berhenti seketika, kami menyanyikan lagu

Negaraku.

Terdengar orang menjerit "Patriot! Mereka datang!". Kumpulan warna

merah (Saya enggan memanggil mereka patriot!) itu berada di sana, tetapi jumlah kami begitu ramai dan menyebabkan mereka berpatah balik.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front image Beberapa minit kemudian, kami terpaksa berpatah balik kerana anggota FRU datang terlalu dekat. Kami hanya dapat bergerak beberapa meter, dan kita diberhentikan lagi. Dang! Pihak polis telah mengepung kami! Kami kini terperangkap di tengah-tengah, dan tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Kemudian datang arahan supaya kami duduk secara aman. (Saya dapat tahu malam tadi, dari blog Marina Mahathir, bahawa polis yang memberi arahan tersebut, mungkin untuk memudahkam kami menjadi mangsa).

Kami menunggu arahan selanjutnya dibuat. Saya beranggapan tiada

sebarang perkara buruk akan berlaku kerana pihak polis tidak akan berani berbuat apa-apa kerana kami jelas merupakan sekumpulan peserta protes secara aman.

NONE Saya silap sama sekali. Tiga atau empat kali (Saya tidak ingat berapa

kali), mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata, cukup untuk membuat kami bertempiaran lari.

Terdapat juga sebuah helikopter yang terbang sangat rendah untuk melepaskan gas ke atas kami. Anehnya, setiap kali berlaku serangan, hujan akan turun renyai-renyai.

Kemudian datang serangan terakhir, di hadapan stesen bas, begitu besar sehingga kami terpaksa lari menyelamatkan diri. Saya berlari ke tepi, di mana terdapat kedai-kedai, untuk berlindung. Gas terlalu tebal. Pernafasan menjadi amat sukar. Saya tidak dapat membuka mata...

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS