Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Sabtu kuning' beri masalah pada persatuan kanser
Diterbitkan:  Jul 14, 2011 4:25 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Kempen memakai baju BERSIH 2.0 setiap Sabtu menimbulkan masalah kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang menganjurkan larian berpakaian kuning bagi menyokong pesakit itu.

Dalam "Larian Untuk Kehidupan" di Bangi pada Sabtu dan Ahad ini, pesakit akan memakai baju ungu manakala bukan pesakit akan memakai baju bewarna kuning - warna popular bagi program kanser.

Tindakan itu menimbulkan tanggapan bahawa persatuan tersebut menyokong 'Sabtu kuning' yang akan dimulakan dua hari lagi.

Penasihat Kehormat NCSM Datuk Zuraidah Atan bagaimanapun tampil menafikan bahawa acara tahunan itu mempunyai kaitan dengan BERSIH 2.0.

Sebaliknya, menurut beliau, kuning merupakan warna simbolik antarabangsa bagi kanser dan sudah masuk tahun ketujuh penganjurannya, lapor Utusan Malaysia.

"Saya berharap tidak ada pihak yang salah faham atau cuba mengambil kesempatan di atas kebetulan ini kerana kami hanya menjalankan tugas murni untuk membantu pesakit kanser dan berharap orang ramai turut memberi sokongan yang sepenuhnya," katanya.

Harian itu juga melaporkan, selain kuning, warna lain yang sering digunakan dalam kempen melawan kanser antaranya merah jambu, hijau dan biru.

Dalam program itu, setiap peserta akan berjalan 16 jam tanpa henti di trek sebagai lambang usaha berterusan melawan kanser.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS