Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital  Tung Shin di Jalan Pudu, kata dua kakitangannya, bagi menyuraikan peserta perarakan BERSIH semalam.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1 Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulans

berkata polis menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali.

Tambahnya tembakan meriam air tidak sampai ke bangunan utama hospital, tetapi terkena bangunan yang terletak dalam perkarangan hospital berkenaan.

Seorang lelaki berusia yang tidak mahu namanya disebut berkata polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ka arah satu kumpulan yang berkumpul di depan hospital itu dan asrama kakitangan lelaki yang terletak di sebelah bangunan utama.

Anggota polis kemudiannya masuk ke dalam perkarangan dan mula membuat tangkapan, dan ada peserta perarakan itu yang lari ke arah bukit kecil bersebelahan Hospital Tung Sin bagi mengelak daripada di tangkap, katanya ketika ditemubual Malaysiakini.

polis nafi

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front image Bagaimanapun, Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada

orang ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata ke dalam perkarangan hospital tersebut.

Kakitangan Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan tersebut.

Katanya merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin kerana mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital tersebut.

NONE Katanya, walaupun terdapat lebih 500 orang di tempat kejadian, tetapi

mereka berkelakuan baik tanpa membuat bising atau merosakkan apa-apa.

"Berlaku beberapa keadaan huru-hara apabila pihak polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata. Mereka bersembunyi di dalam hospital, dan menunggu diam-diam sehingga gas tersebut hilang," tambahnya.

Salah seorang pemandu ambulans hospital itu juga berkata orang ramai berkelakuan baik di hadapan hospital itu, tetapi ramai yang bergegas ke tandas untuk mencuci muka mereka untuk mengurangkan kesakitan terkena gas pemedih mata.

Katanya, hospital tidak mengalami apa-apa kerugian dan insiden itu juga tidak menjejaskan pesakit di situ.

Video FRU menembak gas pemedih mata

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS