Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar IPTA didakwa miliki baju BERSIH
Diterbitkan:  Jul 6, 2011 5:41 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu hari ini terhadap tuduhan memiliki baju yang memaparkan kepentingan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Mohd Hazimin Harun, 22, pelajar Universiti Sains Islam di Nilai, Negeri Sembilan, didakawa memiliki 22 helai baju bertulisan "Bersih" dan empat helai baju bertulisan "Bersih 2.0".

Baju-baju berkenaan dijumpai oleh polis hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki Mohd Hazimin pada di hadapan sebuah pasar raya di Bukit Payung pada 11.15 malam 29 Jun lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM4,000 kedua-duanya sekali.

Majistret Nur Azizah Yusoff menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Marang.

Mohd Hazimin, dari Kampung Kuala Ibai di Kuala Terengganu  yang tidak diwakili peguam,

dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jazamudin Nawawi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS