Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Stadium Merdeka tolak tempahan BERSIH
Diterbitkan:  Jul 6, 2011 3:28 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan di Facebook BERSIH 2.0, pegawai tempahan memberikan beberapa ‘alasan’ untuk menolak tempahan itu.

NONE “Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah ‘majlis pengurusan sukan dalaman’ dan ‘kerja-kerja ubahsuai’.

“(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan.

Sementara itu, Bernama melaporkan pihak yang mahu menggunakan stadium kelolaan Perbadanan Stadium Malaysia untuk sebarang acara perlu mengikut prosedur sedia ada termasuk membuat tempahan terlebih dahulu, kata wakil perbadanan itu hari ini.

Katanya, mereka juga perlu membayar ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada peralatan atau harta benda stadium.

NONE Diminta mengulas mengenai hasrat satu kumpulan untuk menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini, wakil itu berkata buat masa ini, belum ada keputusan rasmi sama ada kumpulan itu diberi permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

"Kami juga sedang menunggu keputusan Kabinet (mengenai perkara itu)," katanya.

Wakil itu berkata bahawa secara peribadi, beliau berharap penganjur perhimpunan itu akan memilih venue lain kerana bimbang akan berlaku vandalisme pada harta benda stadium.

Pengerusi penganjur perhimpunan itu, Datuk S Ambiga, dilaporkan berkata perhimpunan itu akan diadakan di Stadium Merdeka dari 2 hingga 4 petang Sabtu ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS