Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan Rakyat cadang BERSIH mengadap Agong
Diterbitkan:  Jul 4, 2011 12:40 PM
Dikemaskini: 12:05 PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong mengenai rancangan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, dan mencadangkan gabungan itu memohon mengadap Seri Paduka berhubung isu pilihan raya bebas dan adil.

NONE Dalam satu mesej melalui Twitter pagi ini di London, ketua umum PKR

itu berkata, beliau telah pun menghubungi ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perkara tersebut dan menerima titah seri paduka secara positif.

Sehubungan itu, Anwar berharap BERSIH akan menimbang untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan kelemahan dan penipuan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," kata Anwar (kanan) dalam laman Twitter beliau.

Anwar membuat saranan tersebut ekoran titah Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya semua pihak bertenang selepas hampir dua minggu berlaku ketegangan berhubung rancangan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur berhubung sistem pilihan raya.

Sejumlah 189 orang - termasuk empat ahli parlimen dan enam orang ADUN - ditahan kerana menunjukkan sokongan kepada perhimpunan BERSIH yang diisytiharkan haram oleh kerajaan pusat BN.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS