Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Penahanan Ezam bukti Umno di sebalik protes
Diterbitkan:  Jul 3, 2011 6:24 PM
Dikemaskini: Oct 6, 2011 9:28 AM

Penahanan Senator Umno Ezam Mohamad Nor semasa bantahan  di Pulau Pinang terhadap BERSIH, membuktikan bahawa Umno di sebalik "demonstrasi ganas" itu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONE "Kerajaan Pulau Pinang dikejutkan dengan pembohongan terang-terangan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman bahawa Umno tidak terlibat dalam demonstrasi ganas pada 1 Julai di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang 10km dan (pesertanya) menyerang dua wartawan dari akhbar Cina," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Zainal seharusnya tampil memohon maaf atas tindakan ganas dan bukannya menafikan dan cuba untuk "menutup penglibatan Umno".

"Rakaman video perhimpunan haram dan penahanan Senator Umno Ezam Mohd Nor oleh pihak polis ketika perhimpunan haram membuktikan bahawa Umno adalah penakut untuk menafikan penglibatannya dan mengingatkan kepada pepatah Melayu, baling batu sembunyi tangan," katanya.

NONE "Adakah Zainal akan menafikan bahawa Ezam merupakan ahli Umno dan dilantik oleh Umno menjadi Senator?

"Ezam telah mengecam bahawa tidak perlu menunggu pilihan raya umum dan mahu melakukan lebih banyak bantahan untuk memaksa saya meletakkan jawatan sebagai ketua menteri lebih awal.

"Di mana letaknya kehormatan Umno terhadap demokrasi dan mandat saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang yang sah?" kata Lim.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS