Dua profesor Amerika yang melakukan analisis pengiktirafan wajah ke atas video seks lelaki mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjauhkan diri daripada pihak media selepas perbicaraan trio Datuk T berakhir dengan mereka mengaku bersalah menayangkan video tersebut bulan lepas.
Profesor sains komputer dari Dartmouth College di Hanover, New
Hampshire itu, dilaporkan telah mendapati 99.99 peratus padanan
antara lelaki dalam video itu dengan gambar pemimpin umum PKR itu, tetapi profesor tersebut tidak menjawab permintaan berulangkali
untuk mengulas mengenai subjek tersebut.
Lorenzo Torresani, seorang penolong profesor sains komputer, telah menulis beberapa kertas kerja mengenai 3-D modeling, klasifikasi objek dan gaya pergerakan.
Penerima anugerah Yayasan Sains Kebangsaan itu sebelum ini bekerja di beberapa makmal penyelidikan industri, termasuk Microsoft Research Cambridge, Like.com dan Digital Persona.
Sebagai sebahagian daripada kumpulan penyelidikan pembelajaran visual di Dartmouth, Torresani mengkaji cara-cara untuk mewujudkan model sebenar model data visual.
Hany Farid - yang penyelidikannya tertumpu kepada forensik digital, analisis imej, visi komputer dan persepsi manusia - telah mengajar sains komputer selama lebih satu dekad.
Farid juga pernah bertugas sebagai ketua pegawai teknologi dan pengasas bersama syarikat forensik foto Fourandsix Technologies.
[Baca berita penuh]