Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno nafi terbabit
Diterbitkan:  Jul 2, 2011 5:11 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

Uumno Pulau Pinang menafikan pembabitannya dalam demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown semalam.

Datuk Zainal Abidin Osman, penang umno chief Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Umno negeri itu tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan.

"Saya mendapat banyak panggilan daripada rakan-rakan semalam berhubung perkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa Umno negeri langsung tidak terbabit dalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat.

"Kita sedia maklum anggota Umno di Pulau Pinang berjumlah 150,000 orang. Kalau Umno yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Semalam anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berarak hampir sejam dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar.

NONE Bagaimanapun Zainal Abidin berkata, terdapat anggota parti itu yang menyertai pelbagai NGO di negeri ini.

"Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terbabit dengan NGO. Mereka pergi (demonstrasi) atas nama NGO sendiri," katanya.

Beliau berkata, sebagai parti yang bertanggungjawab, Umno tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu.

"Saya mendapat banyak rungutan daripada masyarakat Pulau Pinang bahawa keadaan lalu lintas sesak teruk sehingga menyebabkan aktiviti mereka terganggu.

NONE "Sama juga yang akan berlaku pada 9 Julai (perhimpunan haram), kalau mereka buat juga demonstrasi, lalu lintas akan sesak dan kita tak dapat menjalankan kerja seperti biasa," katanya.

Katanya, Umno Pulau Pinang berharap perhimpunan haram pada 9 Julai ini tidak diteruskan kerana ia akan mencetuskan lebih banyak demonstrasi daripada pihak yang tidak menyokong perhimpunan itu.

"Elok jangan kita adakan benda yang boleh menggugat keselamatan negara. Bolehkah kita mengawal keadaan bila semua orang nak mengadakan demonstrasi," katanya.

 - Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS