Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan Pahang rayu rakyat jauhi perhimpunan 9 Julai
Diterbitkan:  Jul 2, 2011 3:40 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah merayu agar rakyat negeri itu tidak terlibat dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dirancang diadakan 9 Julai ini.

Baginda bertitah perhimpunan itu tidak memberi manfaat kepada rakyat, sebaliknya bakal menyusahkan banyak pihak yang selama ini tinggal dalam suasana aman dan harmoni di negara ini tanpa mengira kaum.

sultan ahmad shah "Saya merayu rakyat saya supaya tidak campur tangan dalam hal Bersih ini, bersih ke kotor ke, tetapi sekali ia namanya demonstrasi, memang ia tidak bersih lagi," titah baginda kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Stesen Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) Muadzam Shah hari ini.

Sultan Ahmad Shah bagaimanapun percaya rakyat Pahang sudah cukup bijak untuk menilai kebaikan dan keburukan menyertai perhimpunan itu dan yakin mereka tidak akan melibatkan diri pada hari berkenaan.

Titah baginda, perhimpunan sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan selama 54 tahun.

"Kita duduk aman makmur antara satu kaum dengan kaum yang lain sudah 54 tahun, jadi tak payahlah ada demonstrasi, dan saya secara peribadinya memang menentang perkara ini, dan kita semua harus tentang habis-habisan," titah baginda.

- Bernama

    


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS