Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR dakwa timbalan pengerusi SPR alat Umno
Diterbitkan:  Jul 1, 2011 12:20 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali hari ini mencabar Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ekoran serangan yang dilancarkan oleh timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu ke atas pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih & Adil (BERSIH).

NONE Azmin ( kanan ) turut menuntut supaya Wan Ahmad menarik balik kenyataan "tidak bertanggungjawab" itu bahawa pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreevenasan telah diperalat oleh pemimpin pembangkang bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang bakal menjelang.

"Kenyataan Wan Ahmad adalah tidak bertanggungjawab dan menzahirkan watak sebenar beliau yang selama ini dilihat sebagai alat kepada pimpinan Umno dan sistem yang rosak.

"Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas.

"Adalah malang apabila Wan Ahmad gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali," kata Azmin lagi dalam satu kenyataan.

"Ketaatan membuta-tuli beliau kepada Umno jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada ‘government of the day’ dengan taat kepada parti pemerintah," kata Azmin dalam satu kenyaataan hari ini.

NONE Azmin turut berang dengan kenyataan Wan Ahmad yang dilaporkan berkata, parti komponen Pakatan kini mula bimbang kerana BN mula meperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil terakhir yang dijalankan sebelum ini.

"Apabila Wan Ahmad menzahirkan kenyataannya bahawa BN semakin kuat, maka timbul persoalan apakah beliau sudah merancang sesuatu bagi menjamin kemenangan Umno dan BN?

"Kalau inilah peranan yang dicatur oleh Wan Ahmad, maka pilihan raya di Malaysia sememangnya tidak lagi bebas dan adil," katanya lagi.

Azmin juga mendakwa, beliau telah menyahut cabaran Wan Ahmad untuk membuktikan bahawa Daftar Pemilih Induk 2010 sebagai "daftar pemilih yang terkotor dalam sejarah pilihan raya."

"Dakwaan saya telah diakui benar oleh SPR dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria bertarikh 24 Jun 2011.

bagan pinang by-election ec preparing postal votes 071009 deputy chief wan ahmad "Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan serta merta. Beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR," katanya lagi, merujuk kepada pengakuan oleh Kamaruddin sebelum ini berhubung kewujudan sejumlah 'pengundi hantu' di rumah ibu Azmin.

Kamaruddin sebelum ini dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata, suruhanjaya itu bagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah melibatkan lima orang individu Cina dan seorang Melayu yang tidak sepatutnya didaftarkan di rumah berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS