Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam: Polis akan soal 40 orang berhubung BERSIH

Sejumlah 40 orang berada di senarai polis untuk disoal-siasat berhung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, kata peguam Edmund Bon.

edmund bon gmi lawyer 090805 Bon, yang mewakili empat pemimpin NGO yang diheret ke balai polis Dang Wangi hari ini mengesahkan mereka yang disiasat itu adalah berdasarkan senarai polis.

“Setakat ini, mereka telah menyoal lebih 20 orang, jadi kita jangka 18 lagi akan dipanggil untuk disiasat,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di luar balai polis itu.

Bon hadir sebagai peguam kepada empat ahli dan aktivis NGO yang dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka.

Mereka termasuk ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan aktivis  Hishamuddin Rais, yang disiasat mengikut Seksyen  27(5) Akta Polis dan ketua Tenaganita Irene Fernandez, yang disoal mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Akta Polis.

NONE Ketiga-tiga mereka disoal berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Individu keempat, Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty, pula disiasat kerana hadir di balai polis Travers ketika mengiringi ketua BERSIH Datuk S Ambiga, yang mengemukakan laporan polis berhubung ugutan bunuh melalui SMS yang diterimanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS