Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video seks: Hati nurani saya jelas, kata Johari
Diterbitkan:  Jun 28, 2011 6:54 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Ahli Majlis Tertinggi PKR Johari Abdul menolak dakwaan penulis blog pro-Umno bahawa beliau meminta wang bagi tugas menyakinkan ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya menonton video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

parliament briefing 030408 johari abdul "Hati nurani saya jelas,” kata Johari yang juga ahli parlimen Sungai Petani, apabila ditemui di lobi parlimen hari ini.

Johari hari ini dituduh oleh blog Papagomo cuba mendapatkan RM100,000 sebagai ‘bayaran pelincir’ bagi menjalankan tugas itu.

Penulis blog itu juga menuduh beliau cuba meminta RM1 juta bagi setiap ahli parlimen yang berjaya yang dipujuknya menonton video itu.

Papagomo tidak membekalkan bukti bagi mempertahankan dakwaannya tetapi hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video seks berkenaan dengan kumpulan trio ‘Datuk T’.

Beliau dilihat sedang bergurau dengan kumpulan Datuk T dan bergelak ketawa sepanjang klip dua minit itu.

Adalah dipercayai klip video berkenaan dirakamkan pada 21 Mac di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari yang sama Datuk T menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan dan editor terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

NONE Datuk T adalah nama samaran yang sebelum ini digunakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKAS Datuk Shuaib Abdul Lazim.

Ditanya mengapa beliau sebegitu tenang semasa tayangan itu, Johari berkata beliau rasa ‘rileks’ kerana merasakan sesuatu yang tidak kena.

“Saya suspek yang saya dirakamkan sebab itu saya banyak tersenyum,” jelasnya.

Lebih-lebih lagi, kata Johari, beliau mengenali Rahim sejak zaman mereka bersama di Umno manakala Shuib adalah bapa saudaranya.

“Saya seorang MP lah bagaimana harus saya bertindak? Patutkah saya menanggis?” soalnya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS