Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pinjaman RM6b Felda: ANAK minta bantuan Agong
Diterbitkan:  Jun 28, 2011 6:12 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) tidak teragak- agak memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong jika isu pinjaman RM6 bilion oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) gagal disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

NONE Presidennya, Mazlan Aliman ( duduk pertama dari kanan ), berkata pihaknya akan berterusan mendesak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memperincikan persoalan yang gagal dijawab dengan jelas berhubung pinjaman RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP), sehingga dibangkitkan semula oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Aktivis ANAK melalui 61 cawangan ANAK di seluruh negara akan membuat laporan polis di balai polis berdekatan tanah rancangan Felda mereka.

 

“Sekiranya dalam tempoh sebulan dari tarikh laporan, kerajaan dan Felda masih gagal menjelaskan secara terperinci berhubung pinjaman ini, kita akan buat satu lagi laporan terhadap SPRM supaya siasatan menyeluruh dapat dilakukan,” kata Mazlan pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

NONE Ahad lalu, ANAK membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berhubung perkara itu dan 13 lagi laporan polis seluruh negara bersabit isu yang sama turut dibuat.

 

Beliau menegaskan, sekiranya SPRM juga gagal menyiasat, ANAK akan akan memohon perkenan campurtangan Yang di-Pertuan Agong.

 

“Felda adalah institusi milik orang Melayu yang telah wujud sejak 1956, jadi, banyak persoalan masih belum mendapat jawapan terperinci.

 

“Antara aduan dikemukakan dalam laporan itu, kita minta siasat ke mana pinjaman RM6 bilion itu disalurkan? Siapa yang arahkan pinjaman? Mengapa ia tidak pernah dibentangkan di Parlimen?” soalnya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS