Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Semakin ramai penyokong dan penganjur perhimpunan BERSIH 2.0 disiasat polis.

NONE Jika sebelum ini, pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Srenaavaasan dan Saterawan Negara, Datuk A Samad Said dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung himpunan aman rakyat pada 9 Julai depan, kali ini giliran ketua pembangkang pula.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi kenyataan dipercayai berhubung seruannya kepada rakyat agar menyertai himpunan BERSIH 2.0 dalam satu ceramah di Brickfields, Kuala Lumpur.

Menurut satu kenyataan Biro Komunikasi PKR lewat malam semalam, Anwar diminta hadir jam 5 petang di IPD Dang Wangi.

Orang kanan Anwar yang juga timbalan presiden PKR Azmin Ali juga dirakamkan kenyataannya oleh pihak polis di lobi parlimen hari ini.

NONE

Sementara itu, menurut NGO hak asasi manusia, Suaram, Senator S Ramakrishnan ( kiri ) ditangkap ketika ‘mengalakkan’ orang ramai menghadiri BERSIH 2.0 pada sebuah majlis makan malam DAP di Banting, malam semalam.

“Pada majlis makan malam itu saya bercakap panjang lebar mengenai ketidak-adilan dalam sistem pilihan raya seperti rasuah politik.

"Jadi saya minta rakyat sokong BERSIH dalam apa cara yang mereka mampu,” katanya kepada Malaysiakini .

Menurut Ramakrishnan lima anggota polis menyerbu dan menangkapnya ketika beliau hendak masuk ke keretanya meninggalkan majlis itu pada jam 9.30 malam.

Beliau dituduh menghasut orang ramai supaya menyertai ‘perhimpunan haram’.

“Oleh kerana saya beri kerjasama, keadaan terkawal,” katanya.

Menurut Senator DAP itu, beliau ditanya sama ada dia mengenali penganjur perhimpunan berkenaan dan sama ada beliau dibayar untuk ‘menghasut’.

philip tan dap selangor teluk datuk adun @ chen chun shui “Saya hanya mendiamkan diri dan akan menggunakan hak saya untuk menjawap di mahkamah,” katanya.

Pada majlis yang sama, ADUN Dap bagi kerusi Telok Datuk, Philip Tan ( kanan ) juga dicekup petang semalam kerana memakai kemeja T BERSIH.

Mereka dibebaskan beberapa jam kemudian selepas kenyataan mereka dirakamkan di balai polis daerah Kuala Langat.

Menurut laman web Suaram, sejak Rabu lalu tidak kurang 81 orang ditangkap dan ditahan di beberapa lokasi di seluruh negara.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS