Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Sarawak kini sudah mengenalpasti empat kerusi parlimen yang mahu ditandingi mereka dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

NONE Setiausaha PAS negeri Fidzuan Zaidi berkata, kerusi tersebut adalah Petrajaya, Bintulu, Batang Lupar dan Miri.

"Subjek itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat negeri itu terlebih dahulu sebelum dimajukan ke peringkat pusat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Dalam pilihan raya negeri yang berlangsung April lalu, PAS bertanding di lima kerusi DUN. Walaupun memperoleh pertambahan undi berbanding pilihan raya pada 2006, parti itu bagaimanapun tewas di semua tempat.

Sementara itu, bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi, PAS Sarawak juga menampilkan dua muka baru dalam barisan kabinetnya.

Mesyuarat yang berlangsung di Markas PAS negeri di Matang Jaya di Kuching semalam memilih komposisi ulama, profesional serta aktivis.

"(Ia) bakal mengorak perubahan mantap PAS Sarawak demi untuk membantu kemenangan PAS dan Pakatan menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti," kata ketua penerangan Mohd Azwani Abd Rani.

NONE Tokoh baru yang dilantik adalah ketua penerangannya Mohd Azwani dan pengarah pilihan raya Dr Ahmad Jolhi.

Mohd Azwani merupakan seorang jurutera manakala Dr Ahmad adalah pengamal perubatan homeopati.

Berikut senarai kepimpinan PAS Sarawak sesi 2011-2013:

 

Pesuruhjaya:  Adam Ahid

Timb Pesuruhjaya 1: Syukri Ahmad Fauzi

Timb Pesuruhjaya2: Ahmad Hashim

Timb Pesuruhjaya 3 : Jofri Jaraiee

Setiausaha: Fidzuan Zaidi          

Pen Setiausaha 1: Mursyidi Hasan

Pen Setiausaha 2: Syamsul Bahri Ahmad

Pen Setiausaha 3: Zurina Ahmad

Bendahari: Nazri Somat

Penolong Bendahari: Halim Ahmad

Ketua Pemuda: Mohd Arifiriazul Paijo

Ketua Muslimat:  Sharifah bt Abdul Latif

Ketua Penerangan: Ir Mohd Azwani Abd Rani

Pengarah Pilihan Raya: Dr Ahmad Jolhi


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS