Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan nafi wujud manipulasi undi pos
Diterbitkan:  Jun 27, 2011 5:03 PM
Dikemaskini: Jun 28, 2011 1:07 AM

Kerajaan menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa wujudnya manipulasi dalam proses undian pos bagi pilihan raya umum 1999 dan 2008.

NONE Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu sidang Dewan Rakyat hari ini bahawa dalam dua pilihan raya tersebut, kebanyakan undi pos memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang ingin tahu mengenai statistik pengundi tentera yang bersara bertukar kepada pengundi awam.

    

Nazri berkata seramai 3,894 anggota tentera yang bersara telah memohon semula mendaftar sebagai pengundi awam sepanjang tahun 2010.

    

Beliau juga berkata anggota tentera perlu memohon mendaftar semula sebagai pengundi biasa setelah bersara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa yang sama akan memotong nama mereka daripada daftar pemilih pengundi tidak hadir.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS