Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam: Lindungi hak perhimpunan aman
Diterbitkan:  Jun 27, 2011 4:06 PM
Dikemaskini: Jun 28, 2011 1:09 AM

Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

NONE Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.

Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.

"Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," tambahnya

ADS