Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jawatankuasa Selamatkan Malaysia mungkin menimbang untuk membawanya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sekiranya tidak ada sebarang kemajuan dalam usahanya membantah pembinaan Loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

NONE Pengerusinya, Tan Bun Teet (kanan) berkata, mereka berhasrat

menggerakkan langkah serampang dua mata membantah projek kontroversi tersebut, tetapi mengakui bahawa ICJ mungkin menjadi pilihan jika mereka gagal dalam di kedua-dua usaha berkenaan.

Langkah pertama mereka ialah kunjungan ke Australia oleh 12 ahli jawatankuasa tersebut dari 3 hingga 9 Julai untuk bertemua ahli parlimen, NGO alam sekitar dan parti-parti pembangkang negara tersebut, sementara menyerahkan kepada mereka - dan Lynas Corporation - memorandum Selamatkan Malaysia, membantah isu tersebut.

Langkah kedua ialah akan memulakan pertemuan antara Selamatkan Malaylsia dengan Majlis Peguam Malaysia pada 15 hingga 16 Julai untuk membincangkan rancangan untuk memfail injunksi mahkamah bagi menghentikan pelaksanaan projek RM700 juta itu

"Jika kunjungan ke Australia dan injunksi mahkamah itu gagal membawa hasil yang positif, kita mungkin perlu mempertimbang pergi ke ICJ," kata Tan selepas pertemuan knasional NGO untuk memberi taklimat ringkas kepada NGO lain mengenai potensi bahaya dari loji memproses nadir bumi itu.

Beliau berkata jika kes tersebut dibawa ke ICJ, mereka boleh berhujah bahawa ia merupakan "kes negara maju membuli negara dunia ketiga" untuk menerima industri yang mengakibatkan pencemaran teruk.

[Baca berita lanjut]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS