Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilihat mengelak memberikan jawapan pasti sama ada menyokong atau menolak cadangan kerajaan Kelantan memberi insentif khas kepada suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Bagaimanapun, beliau dilihat menyatakan sikap tidak senangnya aktiviti tersebut kerana perkara itu diibaratkan seolah-olah "memikul beban kayu".

NONE "Salih Yaccob itu lain, sebab namanya dah soleh," selorohnya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 100 hadirin yang hadir menyaksikan penyerahan zakat perniagaan oleh sepuluh syarikat besar di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Semalam, exco kerajaan Kelantan Wan Ubaidah Omar berkata, pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan daripada diketahui isteri dan anggota keluarga lain.

Katanya, kalau ada pihak yang berpoligami seperti pelawak terkenal Salih Yaccob yang beristeri empat bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.

Jamil Khir juga terus berseloroh dengan tidak mahu menjawab pertanyaan wartawan kepadanya pagi tadi kerana menganggap soalan tersebut sekadar picisan.

"Saya tidak mahu menjawab sebab soalan itu hanyalah sekadar picisan," katanya.

azlan Beliau turut menjelaskan pelbagai persepsi masyarakat sekarang yang menyalahtafsirkan ayat al-Quran berhubung keharusan berpoligami.

"Ada seorang datang ke pajabat agama menyatakan dia telah berkahwin sepuluh, kerana dia telah menambahkan atau mendarabkan bilangan angka yang terkandung dalam surah itu," katanya.

Beliau juga memetik Surah an-Nisa yang menyebut supaya berkahwinlah dua, tiga atau empat dan sekiranya tidak mampu cukuplah dengan seorang isteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS