Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin sesuatu akan berhasil daripada tuduhan terhadap Trio Datuk T berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, walaupun beliau telahpun menafikannya.
Ketua pembangkang itu mendakwa, berasaskan kepada rekod prestasi peguam negara, mereka akan dikenakan tuduhan paling minima untuk menyenangkan hati pihak (Umno), sepertimana dengan tuduhan bermotifkan politik yang lain, kecuali bila ia membabitkan pemimpin pembangkang.
Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata hari ini bahawa ketiga-tiga mereka akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini.
“Saya tidak tahu, (saya) tidak mendengar, kes-kes seperti ini ditangguhkan (untuk) banyak bulan, (ia) akan membangkitkan banyak persoalan,” tegas Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Pada 21 March lalu, satu video seks ditayangkan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur, untuk editor dan wartawan.
Eskay, serta bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mengakui bahawa mereka di sebalik tayangan video itu di Hotel Carcosa Seri Negara.
Walaupun lelaki dalam video dikatakan mirip Anwar, tetapi beliau telah menafikan sebarang penglibatan dan telah membuat laporan polis.