Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan status ahli parlimen Batu Tian Chua di Dewan Rakyat yang didapati bersalah oleh mahkamah keranan menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes berhampiran Bangunan Parlimen pada 2007 akan diputuskan minggu depan, kata speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07 Pandikar berkata pihaknya telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk nasihat berhubung implikasi hukuman denda RM2,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Chua kerana menghalang tugas polis ketika menghadiri demonstrasi.

Beliau merujuk soalan dari Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini mengemukakan surat menuntut penjelasan status Chua setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sebelum ini.

Menurut Ibrahim, Chua sepatutnya dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen kerana perlembagaan persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana ahli hilang kelayakkannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.

Pandikar mengakui beliau menerima surat daripada Ibrahim dan juga surat daripada peguam Chua bagi menjelaskan kedudukan ahli parlimen itu berikutan keputusan mahkamah.

Beliau bagaimanapun tidak membenarkan perdebatan diteruskan dan berkata sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan sama ada di dalam ataupun di luar dewan tidak akan dilayan.

NONE “Kesilapan saya apabila saya mula-mula terima jawatan ini adalah saya memberi kenyataan apabila ditanya mengenai sesuatu isu (di luar Dewan). Tetapi saya sedar peranan saya juga seperti seorang hakim, jadi tolong jangan tanya saya (di luar) kerana saya tidak akan buat kenyataan,” kata Pandikar.

“Buat masa ini, saya sedang mengkajinya (isu Chua). Saya telah baca apa yang dikatakan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan juga keputusan Mahkamah Rayuan. Parlimen secara rasmi telah  menghubungi Pejabat AG untuk mendapatkan pandangannya. Insya Allah saya akan keluarkan kenyataan minggu depan.”

Sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata “Tidak kurang dari” seharusnya membawa maksud "lebih daripada".

Berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan selepas disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS