Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Selangor menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan.

NONE "Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun).

"Kita sudah arah semua keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.

Beliau menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun). Kita sudah arah keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

'Itu cerita Ambiga dulu'

Bercakap dalam sidang media di pejabat PAS Selangor di Shah Alam hari ini, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham (melakukannya)," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.

NONE Perhimpunan anjuran gabungan NGO mensasarkan kehadiran 10,000 orang bagi menyerahkan memorandum lapan tuntutan kepada Yang Dipertuan Agong bagi membaikpulih sistem pilihan raya sedia ada.

Di sebalik angka yang banyak itu, Khairudin bagaimanapun menjamin tidak akan berlaku sebarang keganasanan walaupun mendakwa diprovok PERKASA dan presidennya Datuk Ibrahim Ali.

"PERKASA ini biasanya tak ramai pun. Perhimpunan BERSIH yang lalu, tidak ada sebiji pasu pun yang pecah. Jadi, jangan provok," katanya yang mahu membuat laporan polis terhadap Ibrahim.

"Saya harap dia (Ibrahim) disiplinkan ahlinya dahulu."

Ahad lalu, ketika melancarkan perhimpunan anti-BERSIH, Ibrahim dilaporkan meminta masyarakat Tiong Hua beramai-ramai membeli bekalan makanan tambahan simpanan di rumah kerana "apa sahaja boleh berlaku" sekiranya BERSIH tidak dibatalkan.

Sementara itu, ditanya tentang kewajaran PAS mendokong perhimpunan yang diketuai Ambiga Sreenevasan yang dikatakan menyokong kontroversi dialog antara agama, Khairudin menjelakan:

"Ia isu kebersamaan. Sebab itu PAS boleh bekerjasama dengan PKR dan DAP. Apa dia (Ambiga) buat cerita dia dahulu. Persamaan kita untuk mendapat perubahan dalam (sistem) pilihan raya."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS