Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan siasatan kilang Lynas siap bulan ini
Diterbitkan:  Jun 20, 2011 7:49 PM
Dikemaskini: 12:42 PM

Laporan siasatan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sama ada kilang memproses logam nadir Australia di Malaysia membawa risiko radioaktif dijangka selesai bulan ini.

   

Pasukan IAEA dengan 10 anggota telah selesai membuat kajian mereka tentang keselamatan radiasi di Kilang Lynas Corporation Ltd awal bulan ini, kata Lynas dalam satu kenyataan hari ini.

   

stop lynas save malaysia group fathers day gathering 190611 03 Bantahan umum semakin meningkat ekoran kebimbangan akan sisa radioaktif paras rendah daripada kilang itu yang terletak dekat Kuantan.

Laporan dan cadangan pasukan IAEA itu akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada akhir bulan ini.

   

Pasukan itu mengadakan mesyuarat umum dan teknikal dan bertemu dengan kakitangan projek Lynas dan melawat tapak pembinaan semasa misi siasatan selama seminggu itu, demikian menurut kenyataan tersebut.

Harga logam nadir semakin melonjak dan Lynas memiliki simpanan yang besar di Mount Weld di Australia Barat.

   

China menguasai lebih 95 peratus bekalan global dan cadangan kilang Lynas itu akan mengurangkan monopoli China.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS