Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib minta bapa bimbing anak jadi rakyat terbaik
Diterbitkan:  Jun 18, 2011 6:40 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta golongan bapa supaya membimbing anak-anak mereka supaya menjadi rakyat Malaysia yang terbaik.

Dalam laman facebooknya, Najib mengajak golongan bapa merenungkan transformasi peranan bapa dalam keluarga sempena Hari Bapa hari ini.

"Semakin ramai kaum bapa mengimbangi tanggungjawab profesional dan peribadi mereka sebagai pembimbing anak. Saya sendiri cuba melakukan yang terbaik sebagai seorang bapa.

"Kepada kaum bapa, bimbinglah anak-anak kita, dan bekalkan mereka dengan keupayaan untuk menjadi ibu bapa dan rakyat Malaysia yang terbaik," katanya.

Najib juga menghantar kenyataannya itu kepada rakyat menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS