Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah arah pertemuan dengan Najib didedah
Diterbitkan:  Jun 17, 2011 3:35 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Felda dan syarikat pelaburannya supaya bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mendedahkan butir-butir lanjut berhubung pertemuan yang dikatakan melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua yang lain dalam satu tuntutan terhadap beliau.

azlan Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Cheng Mai yang mewakili mewakili Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dan Ho Kok Yew bagi pihak Tan.

Mengikut rekod mahkamah, Zabariah turut menetapkan tiga hari bermula 7 Julai untuk mendengar perbicaraan permohonan Felda dan Felda Global yang memfailkan saman malu RM200 juta terhadap Dr Tan atas artikel yang memfitnah diterbitkan dalam akhbar "Suara Keadilan" tahun lalu.

Pada 25 Jan lalu kedua-dua pihak itu telah memfailkan saman tersebut dan mendakwa bahawa kata-kata fitnah itu diterbitkan dalam sebuah artikel muka depan berjudul "Kontroversi" dan artikel lanjutan di muka tiga, di bawah tajuk "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga individu".

Mereka mendakwa artikel tersebut telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di Kuala Lumpur adalah untuk faedah kroni.  

Mereka berkata bahawa kata-kata itu bermakna bahawa transaksi bangunan Felda telah menyebabkan kerugian kepada mereka dan menyebabkan plaintif menghadapi penghinaan di khalayak awam.

Mereka memohon antara lain ganti rugi RM200 juta serta injunksi untuk menyekat Dr Tan dari terus bercakap atau menerbitkan kata-kata serupa.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS