Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mubarak: Cekup penganjur BERSIH bawah ISA
Diterbitkan:  Jun 17, 2011 2:31 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) menyarankan kepada polis agar menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap perancang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

NONE Presidennya Datuk Seri Aziz Abdul Rahman berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas menyekat kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan keselamatan negara.

"Walaupun pihak berkuasa mungkin keberatan untuk menggunakan ISA bagi mengelak imej negatif terhadap negara di peringkat antarabangsa, kami berpendapat ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak boleh diganti dengan keperluan menonjolkan imej yang baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam perhimpunan seperti itu yang mungkin membabitkan ribuan manusia, penganjur tidak mampu mengawal emosi mereka yang menyertainya.

bersih rally 271207 03 "Dalam keadaan emosi peserta yang memuncak, seseorang hanya perlu melontarkan seketul batu ke arah orang ramai untuk memulakan rusuhan," katanya menambah keadaan akan menjadi lebih buruk jika ada kumpulan lain yang bertentangan pendirian turut berarak.

 Mubarak juga katanya menyokong penuh keputusan polis untuk tidak mengeluarkan sebarang permit bagi perhimpunan tersebut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS