Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Forum media sosial tersasar, Malaysiakini 'diserang'

Panel bagi membincangkan kempen politik melalui media sosial hilang plotnya apabila politik partisan mendominasi Sidang Blogger Dunia dan Media Sosial semalam.

Di sebalik kehadiran beberapa ahli panel antarabangsa dari United Kingdom dan Filipina, fokus perbincangan setiap kali merujuk kepada politik Malaysia dengan segelintir peserta menjadikan moderator majlis itu yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran sebagai sasaran mereka.

blogger summit 160611 left james craven middle premesh chandran right tonyo cruz Penulis blog Mahaguru58, Zainol Abideen, menggunakan peluang sesi soalan untuk menuntut jawapan mengapa blognya dikeluarkan dari seksyen Blog Utama di laman web Malaysiakini . Dakwanya blognya dikeluarkan selepas beliau menjadi “kritikal kepada Pakatan Rakyat.”

Beliau juga meluahkan rasa tidak puas hatinya berhubung polisi Malaysiakini kerana membiarkan “pengulas tanpa nama yang tidak mempunyai keberanian mendedahkan identiti mereka” membuat ulasan yang dianggap “sensitif kepada agama orang ramai”.

Penulis blog yang mendakwa dirinya mewakili Gabungan Penulis Blog Islam juga membidas pendirian sidang pengarang Malaysiakini yang dikatakannya terlalu banyak memaparkan perkara negatif sehingga menakutkan pelabur.

NONE Walaupun komen Zainol ( kanan ) mendapat tepukan daripada peserta, namun tweet secara langsung sidang itu yang dipaparkan pada skrin gergasi di pentas menunjukkan tidak kurang juga yang membidas ketaksuban Zainol.

Ada yang mempertikaikan tulisannya “Christians in Malaysia are starting to get out of hand” dan mencadangkan dada dan dahi mereka di-tatoo bagi mengelakkan mayat mereka daripada dirampas.

Chandran kemudiannya menjelaskan polisi editorial Malaysiakini iaitu memberi ruang kepada golongan tertindas meluahkan kebimbangan serta keprihatinan mereka.

Selain itu, katanya Malaysiakini juga mendedahkan segala penyelewengan kerajaan dan salah guna dana awam. . Pembaca yang memberi komen berbaur perkauman juga akan disekat dan digantung setelah diberi amaran sebanyak tiga kali.

malaysiakini billboard 261104 billboard mounted Menurutnya Malaysiakini juga memaparkan blog bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Datuk A Kadir Jasin dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sudah tentu tidak boleh dikatakan sebagai pro-Pakatan.

Prem berkata meskipun Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap kandungan blog berkenaan, namun portal berita itu akan mengeluarkan blog tertentu jika kandungannya didapati menghasut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS