Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suara Keadilan pertahan kredibiliti berita
Diterbitkan:  Jun 16, 2011 4:18 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Suara Keadilan tetap mempertahankan kredibiliti beritanya yang didakwa memutarbelit kenyataan seorang pensyarah universiti dalam isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

NONE " Suara Keadilan juga sentiasa menjunjung etika kewartawanan dan sama sekali tidak memanipulasi atau memutarbelit kenyataan yang diberi Prof Samsul Adabi (Mamat)," kata editor akhbar PKR itu Fazallah Pit ( kiri ).

Katanya, ketika wartawannya menghubungi Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, Samsul Adabi sendiri bersetuju memberikan pandangannya untuk tujuan siaran.

Semalam, Samsul Adabi dilaporkan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya kerana mendakwa Suara Keadilan memutarbelit kenyataannya dalam keluarannya bertarikh 7 Jun.

Katanya, beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi PKR.

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk 'Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi' dan laporan muka depan bertajuk 'Umno Putih Mata'.

NONE Samsul Adabi berkata ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam PAS, beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu dikuasai PKR dari segi barisan baru penjawat jawatan dan ia menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Umno tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang BN, Samsul Adabi berkata beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan PAS bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu.

ADS