Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan Felda supaya membayar RM1.2 juta kepada 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 untuk keperluan tanaman semula.

Felda Peneroka terbabit telah memohon bantuan Felda di bawah skim tanaman semula pada tahun 2001, tetapi permohonan mereka ditolak. Ekoran itu, mereka telah membawa perkara itu ke mahkamah.

Penghakiman tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Azman Husin, yang turut  memerintahkan Felda membayar dividen kepada peneroka terbabit, yang akan dinilai oleh mahkamah, untuk tabung yang disimpan oleh peneroka di bawah skim tanaman semula selama lebih 20 tahun.

Hakim Mohd Azman juga memutuskan bahawa dana tersebut diberikan terus kepada para peneroka tanpa perlu mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh Felda.

"Mahkamah mendapati hubungan peneroka terbabit dengan Felda telah tamat kerana mereka telah memiliki tanah dan sekarang mereka harus diuruskan di bawah Kanunan Tanah Negara," katanya.

NONE Menurut peguam Wan Rohimi Wan Daud (kanan dalam gambar), para

peneroka terbabit telah membuka tanah pada di akhir tahun 1970-an.

Dari tahun 1981 hingga 31 Disember 2000, mereka telah menyalurkan sebahagian pendapatan mereka - RM4 sehektar atau RM56 sebulan - untuk membantu membiayai tanaman semula, katanya.

"Berdasarkan skim yang ada untuk tanaman semula, peneroka dikehendaki menyerahkan tanah mereka untuk diambil alih oleh Felda bagi melantik kontraktor bagi menggantikan pokok tua dengan yang baru.

"Namun, pelanggan saya tidak mahu melakukan ini kerana mereka akan kehilangan sumber pendapatan bulanan, dan di samping itu, dibebani hutang jika mereka mengambil elaun saraan hidup yang ditawarkan oleh Felda.

"Pelanggan saya memutuskan untuk tidak menggunakan cara ini tetapi sebaliknya mengambil inisiatif sendiri untuk menanam pokok kelapa sawit baru di dekat yang lama, supaya mereka akan terus mempunyai aliran pendapatan. Mereka juga cuba memohon kepada Felda dana di bawah skim tanaman semula tapi Felda tidak meluluskannya," kata Wan Rohimi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS