Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Rosmah beri impak positif kepada Malaysia
Diterbitkan:  Jun 15, 2011 2:10 PM
Dikemaskini: 6:15 AM

Penglibatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam pelbagai konvensyen mahupun seminar antarabangsa dilihat sebagai sesuatu yang positif dalam memartabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata undangan sebegitu seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan yang baik dalam bidang pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak serta aspek pembangunan wanita dan kebajikan.

Beliau berkata melalui penglibatan dan pendekatan sebegini, Malaysia dapat berkongsi pengalaman dan pencapaian dalam bidang tersebut.

"Secara tidak langsung, ia juga akan dapat meyakinkan persepsi antarabangsa terhadap pencapaian Malaysia dalam bidang berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran).

Juslie ingin tahu mengenai persepsi antarabangsa berhubung penglibatan Rosmah yang pro-aktif menyertai forum, konvensyen dan seminar global sebagai suara hak wanita, pembangunan modal insan dan masyarakat di peringkat dunia.

rosmah and najib bakti event 070709 06 Dalam pada itu, Mohammad Nazri berkata peranan anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) adalah sama seperti yang dilakukan semasa ia diterajui oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata pada ketika itu, BAKTI banyak memainkan peranan dalam menjalankan kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat di Malaysia dan peranan itu kekal hingga sekarang.

"Kita telah lihat bahawa ia diterima baik dan tiada pertikaian pun mengenai peranan mereka. Oleh itu, sekarang BAKTI juga melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan dulu dan tiada perbezaan antara dulu dan sekarang," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS